Biografi Sri Ramakrishna

Kelahiran

Sri Ramakrishna telah dilahirkan pada 18 Februari 1836 di Kamarpukur, sebuah kampung kecil di daerah Hooghly, Bengal Baratyang terletak 112 km dari Calcutta, India. Ibu bapanya, Khudiram Chattopadhyayadan Chandramani Devi, sangat miskin tetapi beriman lagi baik hati. Nama asalSri Ramakrishna ialah Gadadhar atau secara singkat, Gadai.

Khudiramberasal dari kampung Derepur di Bengal. Oleh sebab dia enggan untuk memberikanketerangan palsu menurut perintah seorang zamindar (tuan tanah) kampung itu,dia telah kehilangan tanah pusaka dan rumahnya. Dengan bergantung kepada DewaRaghuvir (salah satu nama Dewa Rama) Khudiram meninggalkan Derepur bersama-samaisterinya dan dua orang anak lelaki, Ramkumar dan Rameswar.

ApabilaKhudiram tiba di Kamarpukur, dia disambut dengan mesra oleh kawan lamanyaDharmadas Laha. Dia menerima sebidang tanah yang subur dan sebuah pondok kecildaripada Dharmadas. Penduduk-penduduk Kamarpukur juga menerima keluarga baruini dengan gembira dan membekalkan mereka dengan segala keperluan untuk hidupyang sederhana tetapi bahagia.

PengorbananKhudiram untuk berpegang kepada kebenaran tentu telah menarik perhatian Takdir.Ya, Khudiram inilah yang ditakdirkan untuk menjadi bapa Ramakrishna.Salah satuajaran Ramakrishna ialah bahawa “Kebenaran adalah tunjang agama dalamKaliyuga”.

Zaman Kanak-kanak

Tidaklama selepas berpindah ke Kamarpukur, Khudiram melakukan satu lawatan ibadahke  kuil Vishnu (dikenali sebagaiGadadhara) di Gaya (di Bihar) pada tahun 1835 Masihi. Selepas melakukan upacarapemujaan, dia mendapat satu mimpi yang pelik. Dewa Gadadhar muncul dan berkatabahawa Dia akan lahir sebagai anak Khudiram! Hampir pada masa yang sama,Chandra Devi pula melihat satu cahaya dari kuil Shiva menembusi badannya laludia jatuh pengsan. Apabila dia menyedar diri, dia merasakan dirinya hamil.Apabila Khudiram pulang ke rumah, dia mendengar tentang pengalaman Chandra Devidan berasa yakin bahawa sesuatu kejadian yang pelik akan berlaku. Kejadian inidiikuti dengan perubahan yang luarbiasa pada diri Chandra Devi. Dia mulamelihat semua orang termasuk dewa-dewi sebagai anaknya sendiri.

Kamarpukur, tempat lahir Ramakrishna.

Pada18 Februari 1836 pada pukul 5.15 pagi, Chandra melahirkan seorang anak lelaki.Mereka menamanya ‘Gadadhar’ kerana sesungguhnya dia ialah penjelmaan semulaDewa Gadadhar-Vishnu. Sejak lahir, Gadadhar menunjukkan ketuhanannya denganpelbagai kejadian luarbiasa. Semua orang kampung meraikan kelahirannya danmerasakan bahawa dia ialah saudara mereka sendiri.          

Pendidikanawal Gadadhar bermula di sebuah sekolah pondok di mana dia mempelajari Bahasa Bengali. Namun, dia enggan untuk meneruskan dengan pendidikan formal yangdipanggilnya sebagai “ilmu untuk mengisi perut”. Sebaliknya, dia menunjukanbakat dan minatnya dalam mengukir patung, lukisan, lakonan drama dan nyanyianlagu-lagu suci. Dia juga berkawan rapat dengan golongan fakir dan rahib yangsering berehat di Kamarpukur, yang menjadi hentian dalam laluan ke kuilJagannath, Puri. Ramakrishna menguasai kitab-kitab seperti Purana, Ramayana,Mahabharata dan Bhagavata Purana dengan mendengarnya daripada golongan fakirdan penyanyi-penyanyi Kathak (kumpulan yang menyanyikan Purana).

Gadadharmengalami keghairahan mistik yang pertama ketika berusia enam tahun. Ketika diasedang berjalan melalui tapak sawah padi sambil mengunyah emping beras, diaterpandang sekawan burung putih berterbang di bawah awan yang gelap. Pandanganitu membuatnya melupakan segala-galanya dan merasakan kegembiraan yang tidakterkata. Kejadian yang serupa berlaku beberapa kali dalam zaman kanak-kanaknya.Sekali, ketika dalam perjalanan ke kuil Dewi Vishalakshi dan semasa diamelakonkan watak Dewa Shiva dalam satu drama.

Padatahun 1843, bapa Gadadhar meninggal dunia. Abang sulungnya, Ramkumar menjadiketua keluarga dan penjaganya. Gadadhar yang berusia enam tahun, mulamenghabiskan masa bersama-sama ibunya dengan membantu dalam kerja rumah. Diajuga menghiburkan wanita-wanita di kejiranannya dengan membacakan kitab-kitabsuci.

Sifat Gadadhar berpegang kepadakebenaran terserlah ketika dia berumur sembilan tahun. Ramkumar dan ibunyasibuk membuat persediaan untuk upacara Upanayana apabila Gadadhar mendedahkan hasratnya untuk meminta sedekah pertama daripada Dhani. Menurut trasidi,seorang Brahmin hanya boleh meminta sedekah semasa upacara Upanayana daripadaseorang yang sama kasta dengannya. Namun, Gadadhar telah berjanji kepada Dhanidaripad kasta tukang besi. Walaupun dibantah oleh keluarganya, Gadadhar engganuntuk mungkir janji kerana menurutnya kebenaran adalah sifat utama bagi seorangBrahmin.

Padatahun 1852, Ramkumar membawa Gadadhar yang berusia enam belas tahun keCalcutta. Gadadhar membantu Ramkumar melakukan upacara pemujaan di rumah-rumahpersendirian. Walaupun sedih untuk berpisah dengan ibu dan kampungnya, Gadadharberasa gembira untuk meringankan beban abangnya.

Kuil Kali, Dakshineswar

Rani Rasmani (A.D.1793-1861), seorangwanita kaya di Janbazar, Calcutta memutuskan untuk melakukan ibadah di Varanasi.Namun, beliau terpaksa membatalkan rancangannya apabila Dewi Kali, Ibu YangMaha Esa muncul dalam mimpinya dan mengarahkannya untuk membina sebuah kuiluntuk-Nya di tebing sungai Ganges. Rani mula membina sebuah kuil yang besar diDakshineswar. Namun, oleh kerana Rani Rasmani berasal daripada kasta nelayan, sami-samiBrahmin enggan untuk melakukan pemujaan di kuil itu. Rani dalam keadaanterdesak, menghantar utusan kepada ramai pendeta-pendeta untuk meminta nasihat.Semua pendeta, dengan sebulat suara mengatakan bahawa orang Brahmin tidak bolehbekerja di kuil yang dibina oleh orang kasta rendah.

Apabila Ramkumar menerima surat RaniRasmani, dia menasihatkannya untuk mendaftarkan hakmilik kuil itu di atas namaseorang Brahmin dan Rani bertindak hanya sebagai wakil. Gembira dengan nasihatRamkumar, Rani mendaftarkan hakmilik kuil itu atas nama gurunya. Kemudian, diameminta Ramkumar sendiri untuk menjalankan upacara perasmian kuil itu danseterusnya melantiknya sebagai ketua sami.

Kamar Ramakrishna di kuil Dakshineswar

Padatahun 1855, selepas kuil Kali di Dakshineswar ini dirasmikan, Ramkumar membawaGadadhar (selepas ini, dikenali sebagai Ramakrishna) untuk tinggal di kuil itu.Kedua-dua Rani dan Mathurnath Biswas (menantu Rani) mulamenyayangi Ramakrishna. Mathurnath teringin untuk melantik Ramakrishna sebagaisami untuk menghiasi Dewi Kali. Ramakrishna mula mengelakannya apabila diamendapat tahu tentang hasrat Mathur. Sementara itu, Hriday, anak saudaraRamakrishna, datang untuk mencari pekerjaan di Dakshineswar. Dia memujuk Ramakrishnadan berjanji bahawa dia akan menjaga barangan kemas Dewi. Jadi, apabila Mathurmeminta Ramakrishna untuk menjadi sami, dia bersetuju. Hriday juga mendapatpekerjaan di kuil itu. Tidak lama kemudian, Ramakrishna mendapatkan manteraShakti daripada seorang guru dan mempelajari cara-cara pemujaan Shakti.

Sadhana

Setahunkemudian, Ramkumar meninggal dunia secara tiba-tiba. Walaupun terkejut dengankematian abangnya, Ramakrishna bersetuju untuk mengambil alih tugas abangnyasebagai sami kuil Kali. Pada mulanya, Ramakrishna melakukan upacara pemujaanharian yang teratur mengikut tradisi. Namun, tidak lama kemudian, suatukeinginan menguasai fikirannya. Belia mahu mengetahui sama ada Dewi benar-benarwujud dalam berhala dan menerima pemujaan yang dilakukan.  

Setahunkemudian, Ramkumar meninggal dunia secara tiba-tiba. Walaupun terkejut dengankematian abangnya, Ramakrishna bersetuju untuk mengambil alih tugas abangnyasebagai sami kuil Kali. Pada mulanya, Ramakrishna melakukan upacara pemujaanharian yang teratur mengikut tradisi. Namun, tidak lama kemudian, suatukeinginan menguasai fikirannya. Belia mahu mengetahui sama ada Dewi benar-benarwujud dalam berhala dan menerima pemujaan yang dilakukan.  

Selamabeberapa bulan, Ramakrishna melakukan pelbagai disiplin rohani yang rumit lagi luarbiasa.Setiap hari, kerinduannya untuk melihat Tuhan yang dipanggilnya sebagai ‘Ibu’makin bertambah. Siang dan malam, hatinya memikirkan ‘Ibu’ sehingga makan,minum dan tidur dilupakannya. Apabila ‘Ibu’ enggan untuk mendengar tangisannya,beliau memutuskan untuk menamatkan hidupnya dengan pedang Kali yang disimpan dikuil. Dengan serta-merta, beliau diberkati dengan pandangan mistik Dewi Kalidan beliau sedar bahawa manusia boleh menyedari kewujudan Tuhan.

Selepaskejadian ini, Sri Ramakrishna mula merasakan kewujudan Tuhan setiap masa.Beliau bukan sahaja melihat Tuhan tetapi juga bercakap dengan-Nya secara intim.Beliau tidak lagi dapat menjalankan upacara sembahyang dan pemujaan secarateratur.

Perkahwinan

Keadaanyang dialami oleh Ramakrishna sesungguhnya sukar dipercayai menyebabkansaudara-maranya khuatir bahawa Ramakrishna telah menjadi tidak siuman.

Olehitu, bagi menyembuhkan Ramakrishna daripada kegilaannya, Chandra Devi danabangnya Rameswar mendesaknya untuk kembali ke Kamarpukur. Bagi menenangkanhati ibunya, Ramakrishna mendapatkan rawatan tradisional dan berkelakukannormal. Malah, apabila dia mendapat tahu bahawa keluarganya sedang mencarijodoh untuknya, beliau mencadangakan kepada mereka untuk mencari jodohnya dirumah Ramchandra Mukhyopadhyaya di Jayrambati (sebuah kampung berdekatanKamarpukur).  Ramchandra mempunyaiseorang anak perempuan bernama Sri Sarada Devi.  

Selepaskedua-dua pihak bersetuju, perkahwinan Ramakrishna, yang berumur dua puluh tigatahun dilangsungkan dengan Sri Sarada Devi yang berumur lima tahun. Selepas perkahwinanini, Ramakrishna kembali ke Dakshineswar untuk meneruskan kerjanya sebagai sami. Sarada pula kembali ke rumahbapanya di Jayrambati.  

Pelbagai Jalan yang Berlainan

Selepaskembali ke Dakshineswar, Ramakrishna sekali lagi memulakan disiplin rohaninya. Walaupun,beliau telahpun menyedari Kebenaran dengan usahanya sendiri, beliau teringinuntuk mendapatkan bantuan guru untuk mencapai matlamat yang sama. Peliknya,beliau tidak perlu mencari gurunya di mana-mana. Guru-gurunya sendiri datangkepadanya, seorang demi seorang!

Gurupertama Ramakrishna ialah seorang rahib wanita yang dikenali sebagai Bhairavi Brahmani(nama asalnya ialah Yogeswari).  Sebaik sahajamelihat Ramakrishna, Bhairavi meluahkan hasratnya untuk mengajarnya kerana ituialah kehendak Ibu Yang Maha Esa. Di bawah tunjuk ajar Bhairavi, Ramakrishnamelakukan disiplin Tantra yang rumit dan berjaya. Bhairavi menjadi kagum denganperkembangan rohani yang telah dicapai oleh Ramakrishna dalam masa yangsingkat.

Bhairaviyang arif dalam sastera agama mendapati bahawa tanda-tanda yang dilihatnya padaRamakrishna hanya pernah berlaku dalam hidup Jelmaan Tuhan seperti Sri Krishna Chaitanya (juga dikenali sebagai Caitanya Mahaprabhu) dan Srimati Radha. Oleh itu, diamengisytiharkan bahawa Ramakrishna juga ialah seorang Jelmaan Tuhan atau Avatar!  Dia juga mencabar para pendeta untukmenafikannya dalam satu persidangan.

Mathurnath menjemput ramai golonganpendeta untuk menguji Ramakrishna dan menafikan kenyataan Bhairavi.Pendeta-pendeta yang berpelajaran dalam Veda dan Purana sepertiVaishnavcharan, Gauri Pandit, Padmalochan dan Narayana Shastri datang untukmenguji Ramakrishna. Namun mereka tidak dapat menafikan kenyataan Bhairavi. Sebaliknya,mereka juga bersetuju bahawa Ramakrishna ialah Jelmaan Tuhan seperti Rama danSri Krishna.  

SelepasRamakrishna melalui disiplin Tantra, seorang rahib Vaishnava bernama Jatadharitiba di Dakshineswar. Jatadhari membawa bersama-samanya sebuah patung kayuRamlala (Dewa Rama sebagai budak kecil) yang hidup. Sebaik sahaja, Ramakrishnamenyedari rahsia Jatadhari, beliau sedar bahawa Jatadhari ialah seorang yanghebat lalu beliau berkawan dengannya. Ramakrishna juga merasakan rasakeibubapaan yang kuat terhadap Ramlala. Perasaan keibubapaan terhadap Tuhandinamakan sebagai vatsalya bhava dalam sastera Vaishnava. Dalam vatsalya bhava,seseorang melihat Tuhan seperti seorang anak kecil yang perlu dikasihi dandilindungi! Demikian, selama beberapa bulan Ramakrishna menyayangi Ramlala yangenggan berpisah dengannya. Akhirnya, Jatadhari meninggalkan Dakshineswarselepas memberikan Ramlala kepada Ramakrishna.

Seoranglagi guru yang datang kepada Ramakrishna ialah Totapuri, seorang rahib AdvaitaVedantin. Selepas mendapatkan kebenaran Ibu Yang Maha Esa, Ramakrishnamengambil ikrar rahib (Samnyasa) dan memulakan latihan rohani menurut falsafahAdvaita (satu mazhab falsafah Vedanta yang popular) di bawah ajaran Totapuri. Sebaik sahaja beliau memulakan latihan,beliau mengalami Nirvikalpa Samadhi dan kekal dalam keadaan itu selama tigahari berturut-turut. Totapuri amat kagum dengan kejadian ini kerana beliausendiri telah mengambil masa empat puluh tahun untuk mencapainya!

Semuaeksperimen beliau untuk menyedari pelbagai agama dan jalan-jalan rohaniberterusan selama dua belas tahun. Akhirnya Ramakrishna mendedahkan bahawasemua agama adalah benar dan membawa kepada pengalaman mistik yang sama. Selepasmenjalani latihan-latihan rohani ini, pada tahun 1868, Ramakrishna melakukanlawatan ibadah ke Varanasi, Allahabad dan Vrindavan bersama-sama Mathurnath.

Selepasmenjalani latihan-latihan rohani ini, Ramakrishna melakukan lawatan ibadah keVaranasi dan Vrindavan bersama-sama Mathurnath.

Pasangan Hidup

SementaraRamakrishna menjalani disiplin rohani di Dakshineswar, isterinya, Sarada Devitelah menjadi dewasa. Berita tentang ‘kegilaan’ Ramakrishna telah tersebar keJayrambati menyebabkan Sarada risau. Akhirnya, Sarada memutuskan untuk pergi keDakshineswar untuk menjaga suaminya yang ‘gila’. Namun, apabila Sarada tiba diDakshineswar, Ramakrishna menerimanya dengan penuh kasih sayang dan prihatin.

Samaseperti Ramakrishna, Sarada juga tidak berminat dengan kehidupan duniawi. Ramakrishnamula memberikan ajaran rohani kepada Sarada dan melatihnya melakukankerja-kerja rumah. Oleh kerana, Ramakrishna telah mengambil ikrar Samnyasa, beliau tidak menjalinkan hubungan kelamin dengan isterinya, tetapi melihatnya sama seperti ibunya.

Tidaklama kemudian, pada tahun 1872, pada hari Phalaharini Kali Puja, Ramakrishnamemuja Sarada sebagai Dewi Kali dan mempersembahkan semua hasil kehidupanrohaninya kepada Sarada. Peristiwa unik ini amat bermakna dalam sejarahkerohanian manusia. Ia membuktikan bahawa hawa nafsu dapat dihapuskan sepenuhnyadengan sikap melihat semua wanita sebagai ibu. Melalui pemujaan ini juga,Ramakrishna memberikan Sarada semua kuasa-kuasa rohaninya dan membangkitkansifat keibuan sejagat dalam diri Sarada.

Kedatangan Para Pengikut

Ramakrishna dalam keadaan keghairahan rohani

Beritabahawa seorang Paramahamsa atau orang alim sedang tinggal di kuil Dakshineswartersebar secara perlahan-perlahan. Pada mulanya, secara lisan orang mendengartentangnya daripada orang-orang yang pernah melihatnya. Kemudian, ia menjadiberita sensasi dalam surat khabar dan jurnal yang ditulis oleh Keshab ChandraSen (A.D. 1838-1884), seorang pemimpin Brahma Samaj yang terkenal. PenulisanKeshab menarik perhatian golongan pemuda Bengal ketika itu dan mereka juga mulamelawat Ramakrishna.

Demikian,ramai orang daripada pelbagai strata masyarakat datang kepada Ramakrishna untukmendengar ajarannya. Ramai dalam kalangan mereka menjadi pengikut-pengikutnya. Beberapapengikut yang telah berumahtangga ialah Balaram Bose (A.D. 1842-1890), GirishChandra Ghosh (A.D. 1844-1912), Mahendranath Gupta (A.D.1854-1932), RamachandraDatta (A.D.1851-1899), Durgacharan Nag (A.D.1846-1899) dan Surendranath Mitra(A.D.1850-1890).

Ramakrishnatahu bahawa matlamat utama hidupnya ialah untuk menghidupkan kembali agamaHindu dan menyelamatkan manusia sejagat. Kebanyakan pergerakan pembaharuanagama Hindu pada ketika itu hanya dapat mempengaruhi sebahagian kecilmasyarakat Hindu. Pengaruh budaya kuning dan fahaman Barat telah menular kedalam masyarakat Hindu, terutamanya golongan yang berpendidikan moden. Agama Hinduyang telah berpecah kepada ratusan fahaman, yang bertentangan antara satu samalain, yang penuh dengan kepercayaan karut masyarakat menyebabkan ramai golonganyang berpendidikan menolak agama Hindu.

Ramakrishnasebaliknya telah menyedari dengan pengalamannya sendiri bahawa kitab-kitabagama Hindu seperti Upanishad, Agamas, dan Tantra mempunyai intipati agama yangmasih sah dan relevan untuk zaman moden. Beliau yakin bahawa agama Hindu dapatdipulihkan dan dibangunkan semula dengan menekankan pada pengalaman rohani yangterus. Untuk ini, beliau memerlukan sekumpulan pemuda yang berbakti danberkebolehan.

Olehitu, Ramakrishna melatih beberapa orang pemuda dan mengarahkan mereka untukmengabdikan hidup mereka demi kebaikan dunia. Selepas kematian Ramakrishna, enam belas orang pemudaini menjadi rahib dan membentuk Ramakrishna Sangha di bawah pimpinan Narendra (Swami Vivekananda).

Apakah yang Sri Ramakrishna ajar?

  1. Ramakrishna tidak mengajar sebarang dogma atau kepercayaan agama. Beliau hanya berminat tentang kemajuan manusia. Menurutnya, manusia mempunyai potensi moral dan rohani yang tidak terhad. Tugas utama manusia ialah untuk mencapai potensi kerohaniannya. Sri Ramakrishna mengajar manusia untuk berusaha bagi mencapai potensinya tanpa membazirkan masanya dengan nikmat duniawi atau bertengkar atas nama agama.
  2. Agama-agama ialah jalan-jalan berlainan yang menuju ke destinasi yang sama, iaitu Tuhan. Manusia mencapai matlamat keagamaannya apabila dia mencapai perkembangan moral yang tertinggi.
  3. Tuhan mempunyai keperibadian. Tuhan juga tiada keperibadian. Bukan mudah untuk memikirkan Tuhan tanpa keperibadian. Jadi, pada mula-mulanya, Tuhan difikirkan sebagai seorang individu. Bolehkah seseorang memikirkan tentang warna putih tanpa membayangkan sesuatu objek berwarna putih? Orang boleh melihat matahari waktu pagi tetapi bukannya matahari waktu tengah hari. Begitu juga, apabila Tuhan menjelma dalam rupa manusia, kita boleh memahami apakah itu Tuhan. Kalau tidak, kita tidak boleh membayangkan Tuhan tanpa keperibadian dan di luar fikiran dan percakapan.
  4. Hiduplah di dunia tetapi jangan menjadi duniawi. Laksanakan tugas-tugas sebaik mungkin tetapi jangan menggira hasilnya. Sebaliknya, serahan semua hasil tugasmu kepada Tuhan. Cuba berfikir bahawa kamu cuma sebuah peralatan dalam tangan-Nya.
  5. Agama ialah satu pengalaman. Agama tidak ada sebarang makna melainkan ajarannya disedari. Adakah kedahagaan kamu akan reda melainkan kamu meminum air?
  6. Tuhan berada dalam segala-galanya. Namun, dalam manusia, penjelmaan Tuhan adalah lebih ketara. Jadi, berkhidmatlah kepada manusia seperti mana kamu berkhidmat kepada Tuhan. Ini juga sama seperti bersembahyang atau memuja Tuhan.[1]

Hari-hari Terakhir

Latihan-latihanrohani yang luarbiasa, tekanan berterusan akibat mengajar, bercakap, bernyanyidan menari, akhirnya menjejaskan kesihatan Ramakrishna. Pada tahun 1885,para doktor mengesahkan bahawa Ramakrishna menghidap kanser tekak. Bagi memudahkanrawatan, Ramakrishan dipindahkan ke Syampukur, Calcutta dan kemudiannya ketaman Kasipur.

Meskipunrawatan yang terbaik diberikan, kesihatannya semakin merosot. Ketika itu, tidakada sebarang ubat untuk penyakit kanser. Narendra dan pemuda-pemuda laintinggal bersama-sama Ramakrishna dan menjaganya. Sarada Devi mengambil tugasmemasak, sementara pengikut-pengikut yang telah berumahtangga pula menguruskanperbelanjaannya.

Meskipun,badannya sakit, Ramakrishna meneruskan dengan latihan rohanipengikut-pengikutnya. Beliau mengikat pengikut-pengikutnya dengan ikatan persaudaraanyang unik, yang berterusan walaupun selepas kematiannya.

Pada1 Januari 1886, Ramakrishna keluar dari biliknya di Kasipur dan berjalan-jalandi taman. Ramai pengikut-pengikutnya telah berkumpul untuk bertemu dengannya. Ramakrishnamerestui semua orang agar mereka berjaya dalam disiplin rohani masing-masing. Sepertiterkena sihir, setiap orang mendapat pengalaman mistik yang berlainan, mengikutkecendurungan masing-masing. Sehingga kini, semua pengikut Ramakrishnamenyambut peristiwa ini sebagai ‘Hari Kalpataru’ (merujuk kepada pokok Kalpataru iaitu sebatang pokok dalam mitologi India yang dipercayaiakan memenuhi semua permintaan).

Ketikaberada di Kasipur juga, Ramakrishna mengagihkan dua belas pasang kain jinggarahib dan kalungan rudraksha kepada dua belas orang pengikutnya. Selepasmemberikan mereka kain jingga, beliau juga meminta mereka untuk mengemismakanan seperti fakir Hindu tradisional. Apabila mereka membawa makanan yangdiperolehi secara sedekah, beliau juga merasakan sedikit makanan itu. Peristiwaini dianggap sebagai perasmian pertubuhan rahib yang dikenali sebagaiRamakrishna Sangha (gabungan Ramakrishna Math dan Ramakrishna Mission).

Padasuatu hari, Ramakrishna memanggil pengikut setianya, Narendra dan menyerahkansemua kuasa rohaninya. Selepas itu, beliau mengarahkan Narendra untuk menjagasaudara-saudara segurunya dan meneruskan kerja yang diamanatkan kepadanya.

Beberapahari sebelum kematiannya, dalam keadaan tenat, Ramakrishna mendedahkan kepadaNarendra bahawa Dewa Rama dan Dewa Krishna telah lahir semula sebagai Ramakrishna.

Pada16 Ogos 1886 pada pukul 1.02 pagi, Ramakrishna menyeru nama Devi Kali tiga kalidan meninggalkan jasadnya dalam Mahasamadhi. Pengikut-pengikutnya melaksanakan upacara pembakaranmayatnya di Kasipur. Lama kemudian, sebuah memorial dibina di tempat itu. Abusuci Ramakrishna kini disimpan di kuil Biara Belur ('Belur Math'), di Howrah.